Monday, February 9, 2009

DECISION OF THE UK GOVERNMENT NOT TO INTRODUCE VISA REQUIREMENT FOR MALAYSIAN PASSPORT HOLDERS

PRESS RELEASE

OUTCOME OF THE VISA WAIVER TEST (VWT)

AND THE DECISION OF THE UK GOVERNMENT NOT TO INTRODUCE VISA REQUIREMENT FOR MALAYSIAN PASSPORT HOLDERS

  1. Malaysia welcomes the decision of the United Kingdom (UK) not to introduce visa requirement for Malaysian passport holders. Malaysia is very pleased with the ongoing cooperation and assistance of the UK authorities on this issue. The positive result of the VWT is reflected by the close working relationship between the British High Commissioner, H.E. Boyd McCleary and his officials and the Ministry of Foreign Affairs, Ministry of Home Affairs and the Department of Immigration Malaysia.

  1. Malaysia will continue to ensure the UK Government on the high level of security at all international airports in order to prevent Malaysia from becoming a transit point for illegal migrants into the UK. It will impose sanctions on Malaysian immigration offenders who continue to overstay and work illegally in the UK. Malaysia will conduct publicity campaigns to bring awareness among Malaysians in order not to breach Immigration Rules of the UK.

  1. Efforts to crack down on the activities of facilitators and people smugglers in Malaysia will be undertaken continuously. Coordination among other lead agencies involved in this area will be the thrust of this exercise.

  1. The level of cooperation between Malaysia and the UK authorities in migration issues testifies to the existing excellent bilateral relations between the two countries. Malaysia looks forward in developing closer cooperation with the UK in this area through the proposed MoU on Immigration Cooperation which will be signed in the near future.

  1. The VWT is an eye opener for Malaysia and is glad that this issue has been resolved with the UK. It will utilise this experience in overcoming new challenges related to this in the future.

Ministry of Foreign Affairs, Malaysia

PUTRAJAYA

9 February 2009




KENYATAAN AKHBAR

VISA WAIVER TEST (VWT) DAN KEPUTUSAN KERJAAN UK TIDAK MENGENAKAN KEPERLUAN VISA KEPADA PEMEGANG PASSPORT MALAYSIA

  1. Malaysia mengalu-alukan keputusan Kerajaan United Kingdom (UK) untuk tidak mengenakan keperluan visa kepada pemegang pasport Malaysia. Malaysia amat gembira di atas kerjasama dan bantuan yang telah diberikan oleh pihak berkuasa UK dalam perkara ini. Keputusan positif dari VWT ini mencerminkan hubungan kerjasama erat yang telah terjalin di antara Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, T.Y.T. Byod McCleary dan pegawai-pegawainya dengan Kementerian Luar Negeri, Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen Malaysia.

  1. Malaysia akan terus memastikan tahap keselamatan yang tinggi di semua lapangan terbang antarabangsa untuk menghalang Malaysia daripada menjadi pusat transit kepada pendatang tanpa izin yang ingin memasuki UK. Malaysia juga akan terus mengenakan hukuman kepada mereka yang tinggal melampaui tempoh yang dibenarkan dan bekerja secara haram di UK. Malaysia akan terus meningkatkan usaha kempen kesedaran kepada rakyatnya supaya tidak melanggar peraturan imigresen UK.

  1. Usaha untuk membanteras aktiviti orang tengah dan penyeludup manusia di Malaysia akan terus dilaksanakan secara berterusan. Koordinasi di antara semua agensi yang terlibat akan menjadi teras utama dalam melaksanakan usaha ini.

  1. Kerjasama yang diberikan oleh kedua-dua pihak dalam isu migrasi ini menggambarkan hubungan yang erat di antara Malaysia dan UK. Malaysia berharap akan dapat mempertingkatkan lagi kerjasama dalam bidang imigresen dengan pihak UK khususnya melalui Memorandum Persefahaman Kerjasama Immigresen yang akan di tandatangani tidak lama lagi.

  1. Pelaksanaan VWT ini telah membuka mata Malaysia dan ia amat gembira kerana isu ini telah dapat diselesaikan. Malaysia akan menggunakan pengalamannya dalam perkara ini untuk menghadapi cabaran-cabaran baru isu migrasi di masa hadapan.

Kementerian Luar Negeri Malaysia

PUTRAJAYA

9 Februari 2009

No comments: