Monday, May 5, 2008

CADANGAN MEWAJIBKAN RAKYAT MALAYSIA YANG INGIN KE LUAR NEGARA MENDAPATKAN PERAKUAN KELUARGA

CLARIFICATION REGARDING YB FOREIGN MINISTER'S STATEMENT

ON PROPOSAL TO REQUIRE DECLARATION OF PURPOSE FOR MALAYSIANS GOING ABROAD

________________________________________________________________

 

The Ministry of Foreign Affairs would like to clarify the position arising from media reports over a statement made by Foreign Minister Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim on 3 May, 2008, concerning a proposal requiring declarations of purpose from parents or employers to ascertain visit purposes abroad.

 

The Ministry wishes to clarify that the Minister in his statement intimated that parents and employers take special interest in their children's activities abroad including supposed trips overseas. The Minister was specifically referring to children and women under the age of 21. The Minister meant well in his proposal which is to help protect our citizens. He intimated that young girls especially, are now targeted by unscrupulous parties with attractive promises and facilities. 

 

This is to serve as a means of allowing parents to be more aware of their children under the legal age who want to travel outside the country. It would help prevent Malaysians from being victimised by international criminal syndicates who are targeting our citizens due to a number of reasons. Notwithstanding that, it is part of Asian culture whereby children inform their parents on their travel plans before embarking on a journey, especially overseas.

 

The proposal to facilitate young persons with parental letters of intent would not be a violation of human rights since it would, if accepted, only apply to those who are still under the legal guardianship of their parents to begin with. The proposal is not in any way intended to belittle or violate any rights. If accepted, the Minister's proposal will only augment parental care and concern for their children or young women under the care of guardians or employers.

 

 

 

KENYATAAN AKHBAR

 

PENJELASAN KENYATAAN MENTERI LUAR NEGERI MENGENAI CADANGAN MEWAJIBKAN RAKYAT MALAYSIA YANG INGIN KE LUAR NEGARA MENDAPATKAN PERAKUAN KELUARGA

 

 

Kementerian Luar Negeri ingin membuat penjelasan terhadap laporan media yang disiarkan berikutan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Luar Negeri, YB Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim pada 3 Mei 2008, mengenai cadangan mewajibkan rakyat Malaysia yang ingin keluar negara mendapatkan terlebih dahulu surat perakuan daripada keluarga atau majikan.

 

Pihak Kementerian ingin menjelaskan bahawa YB Menteri Luar dalam kenyataannya sebenarnya menyeru supaya ibu bapa dan majikan mengambil berat tentang aktiviti anak-anak dan pekerja mereka yang keluar negara. Nasihat oleh YB Menteri Luar ini ditujukan khusus kepada golongan kanak-kanak dan wanita yang berumur di bawah 21 tahun. Cadangan yang disuarakan YB Menteri Luar ini berniat baik demi melindungi warganegara Malaysia. Beliau mengemukakan cadangan tersebut memandangkan bahawa anak-anak gadis warga Malaysia sering menjadi sasaran pihak yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan pelbagai umpan dan janji untuk melakukan kegiatan penipuan mereka.

 

Cadangan ini juga bertujuan menggalakkan ibu bapa supaya lebih peka tentang tujuan sebenar anak-anak mereka di bawah umur 21 tahun yang ingin keluar negara. Ini dapat membantu mengelakkan rakyat Malaysia dari menjadi mangsa sindiket jenayah antarabangsa yang mensasarkan warga negara kita atas sebab-sebab tertentu. Dalam pada itu, cadangan ini juga selari dengan nilai-nilai ketimuran di mana seseorang anak sepatutnya memberitahu ibu bapa mereka berkenaan dengan tujuan dan rancangan mereka sebelum memulakan perjalanan, terutamanya keluar negara.

 

Cadangan untuk mensyaratkan mereka yang di bawah umur 21 tahun untuk mendapat terlebih dahulu perakuan daripada ibu bapa mereka juga tidak melanggar hak-hak individu. Ini adalah kerana cadangan ini, jika diterima, hanya akan disyaratkan kepada mereka yang berada pada kumpulan umur yang sememangnya meletakkan mereka di bawah tanggungjawab ibu bapa mereka. Cadangan ini tidak pun berniat untuk memperkecilkan atau melanggar hak mana-mana pihak. Jika diterima, cadangan oleh YB Menteri Luar ini sebenarnya akan memperkukuhkan lagi keprihatinan ibu bapa terhadap anak-anak mereka dan juga sikap ambil berat majikan dan penjaga yang bertanggungjawab terhadap nasib gadis yang di bawah tanggungjawab mereka.

 

 

Bahagian Penerangan Luar Negeri

Kementerian Luar Negeri

Putrajaya

 

5 Mei 2008

No comments: